Pesawat AirAsia Patah Balik, Penumpang Simbah Air Panas Ke Muka Pramugari

Bangkok – Sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke China, terpaksa berpatah balik ke Bangkok, susulan tindakan seorang penumpang mencederakan seorang pramugari dalam pesawat itu.

Thai AirAsia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, seorang penumpang warga China yang menaiki pesawat sewa khas dalam perjalanan ke Nanjing, pada petang Khamis itu, bertindak mengherdik seorang pramugari, sebelum menyimbah air panas ke arahnya.

Susulan itu, kru lain segera memberi bantuan kecemasan kepada pramugari itu, sementara pesawat berkenaan berpatah balik ke Bangkok dan menurunkan penumpang itu bersama tiga rakannya.

Menurut kenyataan itu, perbincangan antara kru dan empat penumpang itu, di pejabat syarikat penerbangan berkenaan, berjaya menyelesaikan masalah dengan damai.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan jika empat penumpang itu dibenarkan menaiki pesawat berkenaan yang kemudiannya berlepas ke China.

Thai AirAsia 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Thai AirAsia 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Thai AirAsia 1

4 thoughts on “Pesawat AirAsia Patah Balik, Penumpang Simbah Air Panas Ke Muka Pramugari

  • December 12, 2014 at 11:40 pm
    Permalink

    Insiden Korean Airlines… bila mana pramugari silap hidang kacang, penerbangan A380 dari San Francisco ke Seoul terpaksa patah balik tak pula di Viral kan…
    Sebabnya ianya bukan milik rakyat Malaysia
    Sebabnya bukan modal baik untuk dirosakkan oleh rakyat Malaysia
    Tapi kalau Korean Airlines itu milik rakyat Malaysia, mesti akan di viral kan sampai lingkup

    Reply
    • December 13, 2014 at 12:44 am
      Permalink

      Sama viral jer aku tengok..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.