Man City Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Rom – Ledakan Samir Nasri dan jaringan lewat Pablo Zabaleta memastikan Manchester City melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Roma 2-0 di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.

City memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk layak ke pusingan 16 terakhir.

Begitupun, City hampir mendominasi keseluruhan permainan dan memperoleh jaringan pembukaan menerusi Nasri pada minit ke-60 dengan sepakan kencang daripada jarak 25 meter menewaskan penjaga gol Roma, Morgan De Sanctis.

Berikutan jaringan itu, Roma memerlukan dua gol untuk mara ke pusingan kalah mati, namun kelab dari Serie A itu gagal menyempurnakan beberapa peluang pada penghujung permainan.

Kealphaan Roma itu diambil peluang oleh City untuk menghasilkan gol kedua menerusi Zabaleta pada minit ke-86 hasil umpanan Nasri.

Kemenangan itu membolehkan City berada di tempat kedua Kumpulan E bersama Bayern Munich yang terlebih dahulu melayakkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.