JPJ Akan Gerakan 300 Ribu Sukarelawan, Sebar Mesej Keselamatan Jalanraya

Putrajaya – Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) akan mengunakan pendekatan yang lebih mesra bagi menarik minat masyarakat khususnya golongan muda untuk memahami pendekatan yang cuba dilaksanakan khususnya dalam isu-isu berkaitan keselamatan jalan raya.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad pendekatan itu antara lainnya bertujuan untuk mebolehkan masyarakat lebih memahami dan sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah agar kadar kemalangan dan nahas jalan raya dapat dikurangkan.

“Menjelang tahun hadapan, kami mempunyai agenda yang besar dan pendekatan mesra ini bagi membolehkan masyarakat ‘mendekati’ JPJ agar dan lebih mamahami tugas dan tanggungjawab yang ingin dilaksanakan.

“Ada segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap JPJ, disebabkan itu saya akan mula turun dan mendekati semua golongan seperti mat rempit dan sebagainya” katanya dalam satu majlis ramah mesra yang diadakan sini semalam.

Ismail turut menjelaskan antara pendekatan yang akan dilaksanakan ialah mengerakkan 300 ribu sukarelawan yang bernaung di bawah ‘Skuad Muda JPJ’.

“Kami telah dan sedang melakukan pelbagai penambahbaikan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan JPJ.

“300 ribu sukarelawan JPJ juga akan digerakkan bagi memastikan kempen dan mesej keselamatan jalan raya dapat disebar secara meluas” katanya lagi.

Ismail menjelaskan semua lapisan masyarakat pelu memainkan peranana bagi memastikan kadar kemalangan dan kematian jalan raya dapat dikurangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.