Harga RON97, Diesel Dijangka Turun Lagi Januari Depan

Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menjangkakan harga RON97 dan diesel dijangka akan turun lagi pada 1 Januari ini.

Penurunan itu akan berlaku sekiranya harga minyak pasaran dunia terus mencatatkan trend penurunan sepanjang bulan ini.

“Mengikut trend 10 hari dalam Disember ini, harga ketiga-tiga bahan bakar ini terus menurun.

“Namun kita akan buat pengiraan mengikut purata keseluruhan berapa banyak jumlah yang akan diturunkan, tetapi kita pasti ia akan menggembirakan rakyat,” katanya seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

Sebelum ini harga diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter tetapi harga RON97 turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Pada 21 November, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.