Deqma Semakin Pulih, Punyai Harapan Pulih Sepenuhnya – KJ

Seremban – Keadaan kesihatan pemain sepak takraw kebangsaan, Mohd Syazreen Qamar Salehan, 21, yang dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis, sudah beransur pulih.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Faceboknya berkata, tahap pengoksigenan Mohd Syazreen semakin stabil dan mempunyai harapan untuk pulih sepenuhnya.

“Keadaan Deqma bertambah pulih. Dia sekarang sedang dirawat di ICU Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Disyaki terkena jangkitan leptospirosis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Mohd Syazreen yang masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi HTJ, hari ini.

Sabtu lalu, pemain apit kiri kebangsaan itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, selepas mengalami demam panas.

Mohd Syazreen antara pemain yang mewakili negara ke Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Oktober lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.