Balqis Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Asia

Kuala Lumpur – Pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis Azizi, 7, sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Televisyen Asian (Asian Television Awards 2014) yang berlangsung di Singapura, pada Khamis (malam tadi).

Balqis meraih kemenangan tersebut menerusi drama arahan pengarah Eirma Fatima berjudul Balqis yang disiarkan di saluran TV3.

Sekaligus dia mengenepikan lima lagi pelakon wanita Asia yang bersaing iaitu Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Ruin En (Singapura) dan Ko Shun Chin (Taiwan).

Ini merupakan kejayaan besar kedua Puteri Balqis tahun ini selepas meraih kemenangan Pelakon Wanita Terbaik (ASK2013) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur pada November lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.