Al-Fatihah : Ibu Awie Meninggal Dunia

Kuala Lumpur – Ibu kepada penyanyi Rock, Awie iaitu Azizah Abdul Hamid, 75, meninggal dunia kira-kira jam 8 pagi tadi kerana sakit tua.

Ibu Awie meninggal dunia di kediaman penyanyi itu di Ukay Perdana.

Sejak Awie berdepan dengan krisis rumah tangga, ibunya menetap bersama dengan Awie di situ.

Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru selepas solat Jumaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.