AFF Suzuki: Safee Sali Perli Penyokong Harimau Malaya

Kuala Lumpur – Penyerang sensasi skuad Harimau Malaya, Safee Sali terus menjadi tumpuan peminat bola sepak Kebangsaan apabila dia sekali lagi mencetuskan kontroversi sejurus pasukan Malaysia meraikan kejayaan setelah layak ke final selepas menumpaskan Vietnam pada separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Hanoi, malam tadi.

Safee menerusi laman sosial Instagram miliknya memuat naik sekeping foto menunjukkan reaksinya gembira setelah kejayaan skuad kendalian jurulatih Dollah Salleh yang disifatnya bertungkus lumus mengalahkan Vietnam.

Namun malangnya, kaspyen yang ditulis Safee bersama foto tersebut menimbulkan reaksi kurang senang kepada segelintir penyokong Harimau Malaya yang seolah menggambarkan dia tidak menghargai sokongan peminat.

“Syukurku panjat kpd Illahi. Alhamdulillah semua pgorbanan bhasil dgn bangga nye. Semua cacian dan makian yg dilemparkan xpernah masuk ke dlm hati ini..

“Pjuangan ini bukan dgn hanya bmain guli tp dgn semangat cinta kan keluarga team ini dan demi maruah negara.. fans team Vietnam bagus sekali.. walaupun kalah xde btumbuk malah tepuk tgn dkt ktorg lagi..

“kpd fans kt (kita) yg dah tukar bendera lps kena sound haritu jgn tutup muka tu dgn bantal ok.. lap je muke tu dgn tisu,” tulisnya dalam entri tersebut.

Rata-rata pengikut (followers) Safee mengkritik sikap sinisnya yang menyatakan seolah kejayaan skuad Harimau Malaya semalam seperti hasil usahanya.

Safee Sali 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Difahamkan, Safee ketika perlawanan timbal balik semalam hanya menjadi pemain simpanan kerana mengalami kecederaan.

Sebelum ini, Safee turut menjadi perhatian umum apabila sekeping fotonya menghisap rokok bersama rakan sepasukan tersebar di laman sosial.

Malaysia bakal berdepan dengan Thailand pada 17 dan 20 Disember ini bagi merebut gelaran juara Piala AFF Suzuki 2014 dalam format timbal balik.

2 thoughts on “AFF Suzuki: Safee Sali Perli Penyokong Harimau Malaya

  • December 13, 2014 at 8:20 am
    Permalink

    Kenapa la sensitif sgt bila Safee kutuk “team Malaysia yg buat hal”? Safee Mmg 100% betul sbb dia ada mention “team penyokong yg bertumbuk”.. Siapa yg mkn cili dia yg trasa pedas… Membosankan la… Manakah perginya semangat kesukanan pada rakyat Malaysia sampai nk bertumbuk dgn pihak lawan? Adat kalah menang dlm pertandingan…;)

    Reply
  • December 14, 2014 at 7:29 am
    Permalink

    Rasanya ape yang Safee cakap tu betul. Sesetengah penyokong Malaysia memang nampak tak matang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.