Adik Pemain Bola JDT Didakwa Cabul Kanak-Kanak 14 Tahun

Kota Bharu – Adik kepada pemain bola sepak, Ahmed Ezainie Shafizie Sazali, 23, dihadapkan ke mahkamah majistret, semalam atas tuduhan mencabul kanak-kanak berusia 14 tahun dalam sebuah rumah di Jalan Pasir Hor, Kampung Pasir Hor kira-kira jam 1 pagi, 5 Disember lalu.

Pada prosiding tersebut, Ahmed Ezainie, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Susulan penafian tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Noor Dayana Mohamad memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes.

Mahkamah menetapkan kes untuk didengar semula pada 14 Januari 2015.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua seksaan itu.

Sementara itu, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa.

Tertuduh hadir ke mahkamah dengan memakai jersi pasukan JDT. Dia kemudian bebas selepas menjelaskan jaminan itu.

Abang tertuduh beraksi untuk pasukan berkenaan dalam Liga Perdana musim ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.