2 Warga Kenya Bogelkan Wanita, Didakwa Atas Serangan Seksual

Nairobi – Dua warga Kenya yang dituduh bogelkan seorang wanita telah didakwa atas serangan seksual.

Kejadian ini juga mencetuskan protes marah selepas video serangan itu telah disebar kepada orang awam, lapor AFP.

Dua lelaki itu, seorang pemandu bas mini dan konduktornya, dituduh bogelkan seorang wanita dan kemudian menyerangnya secara seksual di sebuah stesen minyak di Nairobi pada 19 September, hanya kerana wanita itu berpakaian seksi.

Kejadian serangan ini menyebabkan beratus-ratus berarak di ibu negara bulan lalu mogok untuk menamatkan keganasan terhadap wanita.

Nicholas Chege dan Meshack Mburu, mengaku tidak bersalah pada Rabu terhadap dua pertuduhan merompak dengan serangan keganasan serta seksual, lapor akhbar Daily Nation.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.