Tuhan Nak Tunjuk Fitnah Mereka Kepada Saya, Sekarang Mereka Mengaku

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Kerajaan PH hari ini telah mula mengakui kesilapan mereka yang sebelum ini sering menyalahkannya sepanjang menerajui kerajaan BN.

Melalui perkongsian di Facebooknya, Najib berkata, satu demi satu, kerajaan PH terpaksa mengaku kesilapan mereka.

“Mungkin tuhan nak tunjuk, apa yang mereka fitnah saya dulu, kini satu demi satu mereka terpaksalah mengaku,” katanya.

Najib juga membuat perkongsian ayat-ayat yang sering dilaungkan PH ke atas dirinya sebelum ini.

“Najib jual negara”

“Sampai bila kita nak jual dan gadai tanah kita? Undur Najib!”

“Warga asing dah ambil alih Malaysia!”

“Selamatkan Malaysia!”

Perkongsian Najib di Facebook itu merujuk kepada kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di sebuah akhbar yang memaklumkan perangkaan semasa menunjukkan jumlah hartanah dimiliki warga asing di seluruh negara setakat ini tidak melebihi satu peratus. – SINAR HARIAN

One thought on “Tuhan Nak Tunjuk Fitnah Mereka Kepada Saya, Sekarang Mereka Mengaku

  • November 13, 2018 at 1:34 pm
    Permalink

    Usah takut lah?? Jika benar tk korup??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.