Tamrin Cabar Bukit Aman, Ambil Tindakan Terhadap TMJ

SHAH ALAM – Anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar mencabar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap 

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dakwanya telah terbukti melakukan 2 kesalahan serius sebelum ini.

Anak kedua Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, kesalahan tersebut adalah TMJ pernah mencederakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, sepuluh tahun lalu.

Kesalahan kedua TMJ pula kata Tamrin, adalah tindakan baginda yang menuduh kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan alat perisikan tercanggih buatan Israel untuk mengintip keluarga Diraja Johor.

“Ini sebenarnya satu tuduhan amat serius kerana bertujuan membakar semangat rakyat membenci dan jika boleh menumbangkan kerajaan yang telah dipilih rakyat secara demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Tamrin pernah mencabar TMJ mengemukakan bukti dakwaannya bahawa kerajaan menggunakan peranti khas untuk mengintip istana Johor, dan jika gagal berbuat demikian, kerajaan wajar mengambil tindakan tegas kerana baginda tidak tertakluk kepada kekebalan atau imuniti, sebagaimana rakyat yang lain.

Menurut Tamrin, kedudukan Raja-raja adalah terjamin dalam Perlembagaan tetapi ia tidak bermakna mereka tidak boleh dikritik jika melanggar Perlembagaan dan undang-undang.

Tambahnya, Raja di negara ini merupakan Raja Berperlembagaan, yang membawa maksud bahawa mereka juga tertakluk kepada Perlembagaan dan Undang-undang.

“Jika sekiranya mana-mana Raja melakukan kesalahan mereka boleh didakwa di Mahkamah Khas tetapi bagi ahli keluarga mereka pula seperti  Tengku Mahkota, Raja Muda dan  

lain-lain, mereka boleh didakwa, ditangkap dan dipenjarakan di mana-mana mahkamah dan penjara pada bila-bila masa sahaja jika didapati menyalahi undang-undang seperti yang pernah dilakukan oleh anak Sultan Johor,”katanya.

Dalam masa yang sama, Tamrin berkata sudah tiba masanya Kerajaan PH mengamalkan dasar ketelusan dan terbuka dengan mengemukakan butiran perbelanjaan oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja untuk dibahas dan diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Negeri pada Sidang Belanjawan yang akan datang.

“Jika diadakan kajian (survey) dari Perlis hingga ke Johor, saya yakin majoriti rakyat mahukan segala kos tahunan dan elaun Raja serta keluarga dan belanja mengurus Istana dibentang di Parlimen dan Dewan Negeri,” katanya lagi. -SuaraTv 

One thought on “Tamrin Cabar Bukit Aman, Ambil Tindakan Terhadap TMJ

  • November 13, 2018 at 1:37 pm
    Permalink

    Menyusahkan saja jika pihak istana nk campur politik?? Rasa hebat dan tak fikir akibatnya??
    Eluk duk diam jer??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.