Shahidan Ke Mahkamah, Ikat Jamin RM25,000

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini muncul di mahkamah mendengar pertuduhan jenayah ke atasny selepas beberapa hari waran tangkap dikeluarkan kepadanya.

Shahidan dilaporkan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira jam 8.20 pagi ditemani isterinya Shamsiah Mohd Yassin.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sepatutnya didakwa pada 9 Nov lalu namun gagal menghadirkan diri kerana mendakwa tidak dimaklumkan mengenai pertuduhan berkenaan lebih awal.

Sementara itu Bernama melaporkan Shahidan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM25,000 bersama dua penjamin selepas mengaku tidak bersalah dan mahu dibicarakan.

Baru-baru ini, tular dakwaan Shahidan mencabul seorang gadis berusia 15 tahun 11 bulan yang merupakan anggota kumpulan buskers yang ditaja oleh beliau.

Shahidan bagaimanapun menafikan tuduhan yang didakwa berlaku pada 21 Oktober lepas, malah laporan polis terhadapnya oleh remaja itu telah ditarik balik.

Bapa remaja itu turut menyatakan bahawa perkara itu telah diselesaikan secara baik dan keluarga mereka anggap tidak ada apa yang perlu dihebohkan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.