Pemandu Grab Ditumpang Hantu?

KUALA LUMPUR – Viral sejak semalam kisah seorang pemandu Grab mengalami pengalaman pelik apabila mendakwa wang tunai yang dibayar oleh penumpangnya bertukar menjadi daun kering dalam kejadian Sabtu lalu.

Menurut Farah yang menceritakannya menerusi Twitter, suaminya menjemput penumpang itu berhampiran Pasar Gunung Rapat, menuju ke Jalan Hoover di Ipoh, Perak.

“Masa dia ambil penumpang tu kira-kira pukul 7 malam, dah Maghrib. Kebetulan kawasan tu dekat dengan rumah kami dan itu trip terakhir, jadi dia terima permintaan penumpang itu.

“Dia turunkan penumpang tu dalam pukul 7.10 malam. Wanita tu memang bagi duit tambang RM8 dalam bentuk RM1 sebanyak lapan keping dan suami pun masukkan wang tu dalam dompet dia.

“Namun sudah jadi amalan dia akan periksa dompet selepas hantar penumpang sebab dia akan pindahkan duit tersebut ke dalam ‘pouch’. Bila buka je dompet, tengok ada daun.

“Suami mesej saya dekat WhatsApp mengenai daun tu. Saya tak fikir langsung benda pelik-pelik. Ingatkan suami nak buat lawak sebab dia memang suka bergurau.

“Sampai je dekat rumah, bila dia buka cerita tu saya terkedu seketika. Biasalah mesti fikir hantu dulu. Suami pun pelik sebab daun kering dalam dompet dia tu ada lapan helai,” katanya.

Namun ujarnya, suaminya tidak membawa daun itu pulang ke rumah memandangkan mereka mempunyai anak kecil.

“Suami pun terus buang daun tu sebab macam bahaya nak bawa balik benda dia sendiri tak tahu apa. Lagipun kami ada anak kecil,” katanya yang masih lagi diselebungi tanda tanya.

One thought on “Pemandu Grab Ditumpang Hantu?

  • November 12, 2018 at 7:59 pm
    Permalink

    Aneh juga hrp2 tiada hal ok??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.