Mungkin Mereka Tiada Grup Whatsapp, Sindir Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir dua kenyataan berbeza oleh pemimpin PH berhubung penarafan kredit antarabangsa Petronas.

Menurut beliau, pegawai khas kepada Menteri Kewangan, Tony Pua telah berkata tindakan syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody’s Investors Service untuk menurunkan penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif bukan satu ‘downgrade’.

Bagaimanapun, katanya, ia berbeza dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang tidak setuju dengan langkah Moody’s untuk ‘downgrade’ penarafan Petronas.

“Dua kenyataan bercanggah antara satu sama lain dari kementerian yang sama. Mungkin mereka tiada grup WhatsApp.

“Terpulang kepada mereka jika tidak mahu mengaku ‘downgrade’ atau tidak bersetuju dengan langkah ‘downgrade’ itu. Hakikatnya, kos peminjaman dan kos untuk kita bayar faedah dah naik, lebih-lebih lagi jika penarafan kredit negara turut terkesan,” katanya di Facebook hari ini.

Khamis lalu, Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan A1 penerbit tempatan dan mata wang asing tidak bercagar kanan Petronas, tetapi mengubah prospek daripada stabil kepada negatif.

Agensi penarafan itu juga mengesahkan penarafan A1 untuk nota tidak bercagar kanan Petronas Capital Ltd dan program nota jangka sederhana (MTN) AS$15 bilion serta sukuk yang dikeluarkan melalui Petronas Global Sukuk Ltd, tetapi mengubah prospeknya menjadi negatif daripada stabil.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, nilai ringgit menjunam dari RM4.16 ke RM4.19 pagi ini dan masih mengalami penurunan selepas pengumuman Moody’s.

“Ini tentu akan menambah tekanan kepada Rizab Antarabangsa Negara yang telah turun setiap bulan selepas PRU14.

“Langkah Moody’s untuk turunkan penarafan Petronas berikutan Belanjawan 2019 di mana kerajaan akan menjarah Petronas untuk membayar dividen RM26 bilion untuk tahun ini dan RM54 bilion untuk tahun depan berbanding RM16 bilion untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN,” katanya. – SINAR HARIAN

3 thoughts on “Mungkin Mereka Tiada Grup Whatsapp, Sindir Najib

  • November 12, 2018 at 7:51 pm
    Permalink

    Kata org sindir tu yg kau bolih pun?? Patut hilang ribu juta?? Tk keje apa pun??? Apa lah mangkuk ayun?? Kes byk bila sangkut ni?? Spesis sama jer??

    Reply
  • November 12, 2018 at 7:53 pm
    Permalink

    Sedarlah diri tu….kes byk?? Siap2lah nk tepis?? Jgn tk tertepis sudahlah ya?? Insaflah kes terlampau 2 byk woh??? Tk gusar ker??? Bolih tidur lena??

    Reply
  • November 12, 2018 at 7:55 pm
    Permalink

    Ribu juta hilang mana pergi??
    Byr jamin juta2 mana datang duit?? Pelik juga heran aneh???
    Duit gaji ya???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.