Lim Guan Eng Nafi Tertidur, Dakwa Hanya Rehatkan Mata

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak hanya berdiam diri selepas ditempelak Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Annuar Musa yang mendakwa beliau ‘tidur’ ketika pembentangan Belanjawan 2019 dari wakil pembangkang hari ini.

Guan Eng memberi respon dalam Twitter peribadinya hari ini dengan menyatakan bahawa matanya membuatkan beliau berasa tidak selesa.

Menurut Guan Eng, beliau masih mampu untuk hadir mendengar perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan 2019 oleh ucapan wakil pembangkang, Khairy Jamaluddin.

“Saya sempat catit nota sambil merehatkan mata,” katanya.

Beliau turut memuat naik satu imej yang memaparkan nota catatan dari pembentangan Khairy dalam perbahasan di sidang Dewan Rakyat pada Isnin. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.