Jennifer Garner, Ben Affleck Makan Rai Penceraian Dengan Ais Krim

KUALA LUMPUR – Pasangan terkenal Hollywood Jennifer Garner dan Ben Affleck akhirnya sah bercerai pada Khamis lalu selepas tiga tahun mengumumkan perpisahan mereka.

Namun apa yang menarik perhatian sejurus selepas itu, pasangan itu di luar negara dilihat menuju ke sebuah kedai ais krim bagi meraikan perceraian mereka.

Kedua-dua mereka dilihat dalam keadaan ceria menikmati ais krim disamping anak lelaki mereka, Samuel yang kini berusia enam tahun.

Bintang terkenal itu berkahwin pada 29 Jun 2005 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 12, Seraphina, 9, dan Samuel 6 tahun.

Ben dan Jennifer dalam satu kenyataan mengumumkan perpisahan mereka pada 2015 selepas 10 tahun berkahwin. – SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.