Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, isu berkenaan sekiranya tidak ditangani dibimbangi boleh menyebabkan parti itu tidak mampu bertahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan parti tersebut akan melaksanakan kaedah baharu bagi menentukan ahli-ahli mereka yang layak mengundi dalam pemilihan parti pada masa akan datang.

“Sebelum ini kita menggerakkan Bersih yang menuntut sitem pilihan raya telus, kita mempersoalkan senarai pemilih dan kini ahli-ahli kita pula mempersoalkan perkara-perkara itu dalam pemilihan parti yang berlangsung sejak tiga bulan lalu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE