Annuar Musa Tempelak Guan Eng Tidur Ketika Sesi Perbahasan Belanjawan 2019

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak Menteri Kewangan Lim Guan Eng akibat tertidur sewaktu wakil Barisan Nasional (BN) membahaskan Belanjawan 2019.

Setiausaha Agung UMNO itu turut memuat naik foto Guan Eng yang bersandar sambil mata terpejam dalam Twitternya hari ini

“Shadow MenKew (Menteri Kewangan Bayangan) BN sedang membahaskan BAJET 2019 mengemukakan Initiatif Ekonomi Rakyat(IER)/ @bajet alternatif..MenKew (Menteri Kewangan) Kerajaan tertidur…atau terus tidur???,” tulisnya sebagai kapsyen gambar tersebut.

Foto tersebut kemudiannya mengundang reaksi pelbagai daripada netizen. -SuaraTv 

One thought on “Annuar Musa Tempelak Guan Eng Tidur Ketika Sesi Perbahasan Belanjawan 2019

  • November 12, 2018 at 7:57 pm
    Permalink

    Ngantuk byk keje!! Cari salah org je pandai?? Dulu keje apa pun tk tau?? Rosak dah teruk musnah?? PH terbaik!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.