ADUN Guar Chempedak Tinggalkan UMNO, Tinggal Dua di Kedah

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail membuat keputusan untuk keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Perkara tersebut diumumkan oleh Speaker DUN Kedah Ahmad Kassim sebaik persidangan bermula pagi ini.

“Perkara ini dimaklumkan kepada saya melalui satu surat yang diterima semalam…Jadi tempat duduk beliau dalam dewan ini akan berubah,” katanya dipetik sebagai berkata.

Ia kini menjadikan UMNO kini hanya memegang dua daripada 36 DUN di negeri itu.

Ku Abdul Rahman, 62, merupakan seorang daripada tiga adun BN yang sebelum ini menyokong pelantikan Speaker yang dicadangkan Pakatan Harapan (PH) susulan kebuntuan memandangkan PH dan pembangkang mempunyai jumlah adun yang sama.

Beliau yang menjadi ADUN Guar Chempedak sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menewaskan Musoddak Ahmad calon PAS dan Mohd Saffuan Sabari daripada PKR dengan majoriti 259 undi.

Ku Abdul Rahman juga menjadi exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna pada penggal lalu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.