Zamihan Dinasihat Berhenti Sensasikan Isu Arab Saudi

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta pendakwah kontroversi, Zamihan Mat Zin supaya berhenti bercakap mengenai isu yang boleh mensensasikan keadaan khususnya berkaitan Arab Saudi.

Sekiranya ia berulang dan menimbulkan masalah, kementerian itu akan membuat penilaian semula tugasan Zamihan.

Tindakan Zamihan yang juga penjawat awam mengkritik kerajaan menerusi video terbaharu yang tular di laman sosial itu disifat sebagai mengecewakan.

–– ADVERTISEMENT ––

BACA: Zamihan pakar pulihkan tahanan militan – TPM

BACA: Dakwaan kritik institusi diraja, MAIS arah siasat Zamihan Mat Zin

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya tidak mempertikai kewibawaan Zamihan dalam menjalankan tugas mendamaikan tahanan suspek militan.

Namun, Zamihan perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana setiap perkataan yang dinyatakan akan menggambarkan integriti kementerian.

“Saya minta ustaz Zamihan tutup, berhenti daripada bercakap. Berzikir dahulu sebelum bercakap dan jangan lagi mensensasikan keadaan yang sekarang ini agak tegang.

“Tambah lagi dengan masalah yang berlaku di Arab Saudi, yang berlaku di Lubnan dengan ISIS, Daish maka sgala pertuturan beliau dipantau dan boleh menimbulkan masalah jadi saya minta beliau senyap,” katanya pada sidang media selepas Program Sarapan Pagi Bersama Rakyat di Taman Cempaka di sini hari ini.

Dalam video berdurasi dua minit 27 saat itu Zamihan mengkritik isu pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.

Video itu dirakam daripada ceramahnya di sebuah masjid di Ampang, Selangor dan dimuatnaik pada 11 Julai 2017 sebelum menjadi tular.

Tag: Nur Jazlan Mohamed, Nur Jazlan, ISIS, KDN, video, Media,Putrajaya, Arab Saudi, militan, kerajaan, suspek, Kementerian Dalam Negeri, daish, Zamihan Mat Zin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.