Tujuh Polis Diserang Puluhan Kaki Judi

KUALA LUMPUR — Tujuh anggota polis terpaksa melepaskan tembakan amaran apabila diserang sekumpulan 30 warga asing.

Tembakan dilepaskan ketika polis memeriksa premis yang disyaki mengadakan kegiatan judi di Jalan Abaraham Off Jalan Khoo Teik Ee, jam 10.30 malam tadi, lapor Metro.

Ketua polis daerah Dang Wangi berkata kumpulan lelaki tersebut dikatakan cuba menghalang polis dari membuat pemeriksaan di premis yang diduduki sekitar 200 warga China.

“Untuk mempertahankan diri, mereka terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara sementara menunggu bantuan tiba ke lokasi,” kata ACP Shaharudin Abdullah.

Beliau berkata hampir 50 pekerja kontrak dari China yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi dan cuba menyerang polis kemudian ditahan.

Mereka disiasat bawah Seksyen 147/363 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 6, Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.