SPAD Kesan 153 Pemandu Uber, GrabCar Tipu Pelanggan

KOTA BHARU — Seramai 153 pemandu Uber dan GrabCar dikenakan tindakan kerana menipu pelanggan sejak Oktober tahun lalu.

Pengurus besar kanan bahagian penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata mereka mematikan aplikasi, mengenakan caj tinggi dan menggunakan laluan jauh.

Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata SPAD dalam proses mendakwa pemandu “tamak” tersebut, yang merosakkan imej perkhidmatan tersebut, lapor BH.

“Kita ada menerima laporan berkaitan penyalahgunaan aplikasi di kawasan yang mempunyai persaingan tinggi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2,” katanya, menambah teksi juga menggunakan khidmat e-hailing.

Mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, mereka boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.