Rakyat Malaysia Suka Konsert Maksiat, Arak?

Seorang pelayar laman sosial, berkongsi pandangannya berhubung gaya hidup masyarakat di Malaysia.

Menurut Eddy Casmad, rakyat Malaysia menyukai konsert maksiat dan gaya hidup meminum arak.

“Program tembah bala di Malaysia datang lagi. Kali ni di Kuala Lumpur iaitu KL Live Tiesto pada 8 Disember dan KL Live Armin Van Buuren pada 15 Disember ini,”tulisnya.

Jesteru, dia memohon semua pihak NGO yang berkaitan, PDRM dan pihak berkuasa tempatan yang lain mengambil tindakan dan bantahan atas kes ini.

“Kalau benar kamu beragama dan mempunyai moral. Jangan hanya kerana wang ringgit, kamu gadaikan maruah moral kamu atas nama kononnya demokrasi,”katanya dalam status di msdia sosial.

Tambahnya, bila mana kematian anak muda pada tahun 2014 tidak memberi pengajaran kepada kita, mereka sekali lagi melakukannya dengan mempertaruhkan nyawa dan keselamatan anak muda Malaysia terutamanya Melayu Islam

“Ironinya perjuangan ini pasti dikecam tetapi saya mengambil prinsip untuk terus membantah saat anda semua menyokong kejahilan yang memusnahkan diri anda sendiri!

“Program yang mendapat tajaan arak Heineken ini memancing anak-anak muda dengan kehidupan hedonisme yang berkiblatkan barat demi melariskan produk mereka dan mengkayakan kapitalis arak dengan membunuh moral, jiwa dan jasad anak-anak muda kita tanpa sedikit rasa bersalah dan kesal dalam diri mereka,”tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.