Penduduk Gempar Jumpa Lubang Akibat ‘Cahaya Dari Langit’

KUDAT ― Penemuan satu lubang misteri menjadi tumpuan penduduk Kampung Rampai, Sikuati di sini.

Lubang sedalam kira-kira 3.6 meter, seakan-akan digerudi tetapi permukaan jalan sekitarnya tiada kesan tanah bertaburan, Metro.

Penduduk John Ukong, 47, mendakwa nampak “cahaya aneh terang menjunam dari langit” kira-kira 2 pagi semalam dan terkejut apabila menemui lubang itu hari ini.

Ketua polis daerah Kudat berkata enam anggotanya sudah membuat tinjauan dan mahu membuat rujukan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kudat dan Jabatan Tanah dan Galian.

9

“Semasa saksi melihat cahaya putih itu di ruang udara, saksi mendakwa tidak kedengaran apa-apa bunyi letupan atau petir dan keadaan cuaca juga baik,” kata Supt Douglas Nyeging Taong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.