Bunuh 106 Pesakit, Jururawat Gay Didakwa DiMahkamah

OLDENBURG, Jerman – Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan seorang jururawat lelaki yang dihukum penjara atas kesalahan menyebabkan kematian dua orang turut membunuh 106 pesakit tempat dia bertugas.

Lelaki itu sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana me­lakukan dua pembunuhan dan dua cubaan membunuh di sebuah hospital di bandar Delmenhorst selepas didakwa pada tahun 2015.

Pendakwa raya dan polis berkata, mereka telah selesai melakukan pemeriksaan lanjut ke atas pesakit-pesakit yang mati ketika Hoegel ber­khidmat sebagai seorang jururawat di dua hospital tempatan dan menemui 16 kes terbaharu melibatkan lelaki itu.

Lewat Ogos lalu, mereka mendapati Hoegel mungkin telah membunuh sekurang-kurangnya 84 pesakit lain selain kes yang menyebabkan dia dijatuhi hukuman penjara.

Menurut pendakwa raya, mereka akan mengemukakan lebih banyak dakwaan terhadap suspek pada awal tahun 2018.

Haegal dipercayai memberikan pesakit ubat sakit jantung secara berlebihan dan ubat-ubat lain kerana gembira dapat menyedarkan semula mangsa.

Dia telah bekerja di sebuah hospital di Oldenburg sejak 1999 hingga 2002 dan di Delmenhorst bermula 2003 hingga 2005.

Semasa siasatan melibatkan kedua-dua hospital itu, polis dan pendakwa raya telah mengkaji semula lebih 500 fail pesakit dan beratus-ratus lagi rekod hospital.

Mereka juga telah menggali semula 134 mayat di 67 tanah perkuburan serta menyoal siasat Hoegel sebanyak enam kali. – Agensi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.