Angelina Jolie Semakin Kurus

Selepas berpisah dengan Brad Pitt dan melawan penyakit kanser, tubuh Angelina Jolie kini kelihatan semakin kurus.

Itu yang terlihat menerusi foto Jolie yang berjaya dirakamkan paparazi baru-baru ini, lapor Kosmo.

Sebelum ini, Jolie kerap mengenakan gaun labuh atau pakaian longgar, seolah-olah menyembunyikan kondisi tubuhnya. Namun, baru-baru ini, aktres berusia 42 tahun itu muncul mendadak dengan gaun mini yang menyerlahkan kakinya.

Bagaimanapun, penampilan bintang By The Sea itu mengejutkan peminat-peminatnya. Ini kerana, Jolie yang pernah menerima gelaran aktres terseksi di Hollywood itu kelihatan semakin cengkung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.