Abdul Hadi Pun Penyangak, Kata Khairuddin

SHAH ALAM – Koordinator Deklarasi Rakyat, Khairuddin Abu Hassan mempersoalkan siapakah yang dimaksudkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penyangak dalam Pakatan Harapan.

“Cuba namakan siapakah penyangak di dalam Harapan yang beliau maksudkan itu?

“Takkan Abdul Hadi maksudkan dan tuju kepada Tun Dr Mahathir Mohamad?,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa, Pas tidak boleh memberi harapan kepada Harapan kerana terdapat penyangak yang bersekongkol dengan punca masalah negara di dalam parti itu.

Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak menyebut secara spesifik pemimpin yang dimaksudkan.

Bekas pemimpin Umno Batu Kawan itu menempelak Pas, bahawa di dalam Pas juga terlalu ramai penyangak.

Beliau mendakwa, pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi juga ‘penyangak’ kerana menyokong dan bersekongkol dengan Umno.

“Pemimpin Harapan bertungkus-lumus lawan rasuah dan salah guna kuasa tapi pemimpin Pas menyokongnya.

“Dulu kata Umno itu haram, segala-galanya adalah haram daripada Umno, tetapi kini Abdul Hadi boleh tidur sebantal dengan Umno. Abdul Hadi jangan berdolak-dalik lagi,” dakwanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.