Video : Ratu Naga Mahu PAS Sertai PH

SHAH ALAM – Ahli PKR, Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah, 26, mahu PAS bersama-sama menyertai Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP seperti yang dilakukan Parti Pribumi Bersatu (PPBM) hari ini.

 

Beliau yang ditemui di majlis Konvensyen PH di sini hari ini berkata, ia demi memberikan kemenangan besar kepada PH sekali gus untuk menumbangkan UMNO dalam pilihan raya akan datang.

 

 

“Pas perlu bersama-sama menyertai PH demi memberikan kejayaan besar kepada Pakatan Harapan nanti,”katanya.

 

Dalam pada itu, beliau berkata akan mengembalikan keyakinan orang ramai untuk turun BERSIH 5 pada 19 November ini.

 

Katanya, perkara itu demi 5 tuntutan BERSIH iaitu menuntut pilihan raya yang BERSIH.

 

Mengulas mengenai satu simbol satu manifesto, beliau berkata, ia adalah langkah terbaik yang diusulkan oleh penasihat BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Katanya, beliau yakin dengan terbentuknya kesatuan seperti itu, Pakatan Harapan bakal mencapai kejayaan dalam PRU nanti.

 

Bulan lalu, Ratu Naga menyertai PKR kerana ingin menebus dosa yang pernah dilakukan terhadap parti itu. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.