Kalah Pilihan Raya, Hillary Clinton ‘Lari’ Masuk Hutan

NEW YORK – Bekas calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Demokrat Hillary Clinton, dilihat ada cara tersendiri untuk menghilangkan rasa sedihnya selepas tewas dalam pertandingan pemilihan presiden negara itu baru-baru ini.

 

Beliau kali terakhir dilihat masyarakat awam ketika menyampaikan pidato kekalahannnya di Hotel New Yorker.

 

Namun, seorang wanita yang bernama Margot Gerster terjumpa Hillary ketika berjalan kaki di kawasan hutan Chappaqua, New York.

 

“Ketika kami berjalan, saya mendengar ada suara…dan ternyata itu dia (Hillary). Saya memeluknya dan bercakap dengannya…,” katanya lapor CNN.

 

Difahamkan Hillary memang tinggal di kawasan Chappaqua, New York.

 

Dalam foto yang dirakamkan suaminya, Bill Clinton, Hillary dilihat mengukir senyuman mesra.

 

“Setelah mendapat pengalaman yang gila, luar biasa gila, dia (Hillary) terlihat seperti kebanyakan orang pada umumnya. Dia bersikap baik, sopan, dan ramah kepada saya,” katanya lagi.

 

Di pertemuan itu, Margot turut meluah perasaanya terhadap Hillary, katanya dia bangga memilih Hillary namun pasrah selepas wanita itu tewas.

 

“Bagaimanapun, dia tidak mahu bercakap soal politik dengan serius,” katanya.

 

Katanya, tujuan dia memaparkan foto itu adalah untuk membuat orang ramai tersenyum.

 

“Kelmarin adalah hari yang sangat gelap, saya mengharapkan agar gambar ini membawa mesej ketenangan dan keindahan kepada sesiapa yang memerlukannya,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.