Van Gaal Terima Berita Gembira, Rafael Bebas Kecederaan

PERTAHANAN kanan Manchester United, Rafael kembali menceriakan barisan kejurulatihan kelab itu apabila disahkan pulih daripada kecederaan otot yang dialami sebelum ini.

Pemain kelahiran Brazil itu sebelum ini terlepas dua perlawanan penting termasuk bertemu Chelsea akibat kecederaan yang dialami.

Bagaimanapun dalam status Instagramnya, Rafael mengesahkan bahawa dia telah bebas daripada kecederaan otot.

Berita itu memberi semangat baru kepada Van Gaal yang runsing akibat krisis kecederaan barisan pemain pertahanan.

Manchester-United-v-Everton

Antara pemain pertahanan United yang mengalami kecederaan ialah Marcos Rojo – perlu direhatkan selama enam minggu akibat terseliuh bahu, Phil Jones dan Jonny Evans juga mengalami nasib sama.

Itu bermakna, United kini hanya bergantung harap kepada Daley Blind dan Michael Carrick untuk menampung posisi pertahanan tengah.

Dalam pada itu, Van Gaal berharap saingan antarabangsa ketika ini mampu memberi ruang kepada pemainya untuk pulih.

United bakal berdepan Arsenal pada 22 November ini.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.