Tindakan Polis Israel Tembak Pemuda Palestin Cetuskan Rusuhan

Galilee – Situasi sekitar penempatan masyarakat Arab di Galilee dan wilayah tengah Israel kian tegang.

Rusuhan masih tercetus bagi membantah tindakan polis Israel menembak mati seorang lelaki Palestin, pada Sabtu.

Akibatnya, polis rejim terpaksa diletakkan dalam tahap amaran tertinggi berikutan kemarahan yang sukar dibendung.

Israel menjangkakan lebih banyak rusuhan bakal tercetus selepas sebuah bas diserang dengan batu di wilayah Wadi Ara pada Isnin.

Jabatan Keadilan Israel melancarkan siasatan ke atas kematian Khairuddin Hamdan, 22, yang ditembak mati di Kafr Kana.

Dua polis rejim yang terbabit disoal siasat setelah rakaman video daripada kamera CCTV diperolehi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.