Putera Nadher Sah Sertai JDT

Kuala Lumpur – Bekas pemain tengah pasukan Sarawak, Junior Eldstal atau juga dikenali sebagai Putera Nadher sah bakal beraksi bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim Liga Malaysia 2015.

Laman Facebook rasmi JDT, Southern Tigers pada Selasa malam mengumumkan Eldstal telah menandatangani kontrak bersama pasukan itu.

Turut dimuat naik ke laman Facebook JDT itu gambar Eldstal bersalaman dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih, Bojan Hodak.

Berita Eldstal akan beraksi dengan JDT adalah satu kejutan untuk peminat bolasepak tempatan.

Ini kerana tiada sebarang ura-ura pemain yang pernah bermain untuk Farnbourough FC di England itu berminat menyertai pasukan singa selatan itu dan JDT sendiri tidak pernah membayangkan untuk menawarkan tempat buatnya.

Sebelum ini bertiup spekulasi di media sosial kononnya Eldstal akan menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau terkenal dengan jolokan ‘Gladiators’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.