PM Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-25

Nay Pyi Taw (Myanmar) 12 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai sembilan ketua kerajaan ASEAN yang lain pada perasmian Sidang Kemuncak Ke-25 gagasan Asia Tenggara itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Myanmar (MICC) di sini, pagi ini.


Upacara itu dirasmikan oleh Presiden Myanmar, U Thein Sein selaku Pengerusi ASEAN untuk sidang kemuncak kali ini.

Dalam ucapannya, U Thein Sein, turut menyampaikan ucapan tahniah dan mengalu-alukan kehadiran Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri Thailand, General Prayuth Chan O-cha yang pertama kali memghadiri sidang kemuncak ASEAN.

Pemimpin ASEAN lain yang hadir termasuk Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Sidang kemuncak kali ini amat penting kerana Komuniti ASEAN disasarkan pelaksanaannya menjelang akhir tahun depan.

“Kita amat berpuas hati ASEAN menunjukkan pencapaian dalam pelbagai bidang, selaras dengan tema tahun ini, Maju Bersama ke Arah Masyarakat yang Aman dan Makmur .

“Dengannya kita mampu mengekal dan mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau ini, “ kata Thien Sein dalam ucapan perasmiannya. – Utusan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.