Pembentukan MU Berubah ‘Terlalu Banyak’

London – Louis van Gaal menegaskan bahawa dia mengejar keseimbangan dalam pembentukan Manchester United, tetapi ia telah ditukar terlalu banyak sejak kedatangannya musim panas ini.

Van Gaal yang bermula dengan format 3-5-2 ditukar kepada 4-2-3-1 dan, ketika menang 1-0 ke atas Crystal Palace hujung minggu ini ia kembali kepada format 4-1-4-1.

Kecederaan menghantui MU apabila Daley Blind terpaksa turun kembali bermain di bahagian tengah pertahanan, tetapi jurulatih Van Gaal menyatakan beliau perlu dapat konsistensi yang berterusan.

“Masih terlalu banyak [perubahan kepada pembentukan] diperlukan. Saya rasa, saya setuju,” katanya kepada pemberita.

“Tetapi saya sedang mencari keseimbangan dan apabila anda melihat empat perlawanan sebelum ini, kita mempunyai lebih banyak keseimbangan kerana kita tidak bolos banyak gol.

“Namun demikian, kita tidak menjaringkan begitu banyak. Menerusi sistem lain, kami jaringkan banyak gol.”

Salah satu kebimbangan Van Gaal ialah Angel Di Maria, yang sedang berjuang sejak akhir-akhir ini, selepas menjaringkan tiga gol dalam empat penampilan pertama untuk kelab MU.

Pemain sayap Argentina itu tidak kelihatan seperti biasa dalam kemenangan ke atas Crystal Palace dan Van Gaal berpendapat bintang Argentina itu  perlu menyesuaikan gaya permainannya.

“Dia bermain hari ini dalam ruang yang sangat sempit dan  suka menggelecek tetapi kadang-kadang anda tidak berbuat demikian,” katanya.

“Anda perlu membuat hantaran, dan Di Maria bukan seorang pemain yang ingin memberikan hantaran setiap kali dia mendapat bola.

“Tetapi dalam kes ini kita perlu buat hantaran dan bukannya menggelecek. Sebab itu Di Maria kehilangan bola banyak kali dan itu tidak baik untuk keseimbangan suatu pasukan.

“Sudah tentu, kita perlu meningkatkan tahap kita. Masa akan tentukannya namun ia undang banyak kecederaan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.