Naib Ketua PKR Ampang, Ditemui Mati Tergantung

Kuala LUmpur – Bekas Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ampang, Bala Chantar atau nama Islamnya, Sulaiman Abdullah ditemui mati kira-kira jam 6.30 petang Selasa, dalam sebuah bilik di rumahnya, di Flat Desa Lembah Permai, Ampang.

Perkara itu disahkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi semalam.

Menurut Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang, mayatnya ditemui dalam keadaan tergantung dalam bilik berkenaan.

Beliau turut memaklumkan, mayat Sulaiman telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras untuk dibedah siasat.

Menurut Zuraida, Sulaiman dikatakan meninggalkan tiga isteri, namun hanya perkahwinannya dengan isteri pertama didaftarkan.

Pada masa sama, Zuraida bimbang mungkin berlaku perebutan dalam urusan pengebumian mayat Sulaiman antara ahli keluarganya yang tidak memeluk Islam.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

 

Berikut adalah laporan awal berhubung kejadian tersebut:

Balanchandran@ sulaiman – Bekas naib ketua PKR Ampang/Ahli PKR cabang Ampang ditemui mati gantung diri di bilik rumahnya beralamat no. B2-05-15, Flat Desa Lembah Permai,Ampang.

Setakat ini mayat masih di bilik dan 4 orang anggota polis membuat kawalan di rumahnya sehingga menunggu kenderaan polis untuk dibawa mayat ke hospital ampang bagi urusan post mortem.

Subjek mempunyai 3 orang isteri dimana isteri pertama telah dibuat daftar kahwin dan 2 lagi tidak daftar kahwin. Dikhuatiri berlaku rebutan mayat dalam urusan pengebumian sama ada mengikut islam atau bukan islam.

Sebarang perkembangan akan di update dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.