MU Tetapkan Serah Kontrak Pada Van Persie

London – Manchester United menetapkan untuk menyerahkan kontrak baharu kepada Robin Van Persie yang masih ragu terhadap kecergasan pemain Radamel Falcao.

Van Persie menyertai The Red Devils dua tahun lalu dan jaringannya menjadikan beliau menjadi pemain kegemaran di Old Trafford.

Pemain antarabangsa Belanda itu, kini merupakan penyerang pilihan pertama Louis Van Gaal dalam formasi 4-1-4-1 dengan Wayne Rooney bergerak bersama Marouane Fellaini namun pengurus United itu terdesak untuk meningkatkan moral penyerang berikutan permulaan hambar musim ini.

Dan menurut Daily Star, ketua-ketua MU sedang mempersiapkan perjanjian baharu yang akan melanjutkan kontrak semasa Van Persie hingga 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.