Memang Susah Hidup Bermadu, Bukan Semudah A,B,C… Kena Bertoleransi – Ashraf Muslim

Petaling Jaya – Bukan senang hidup bermadu dan itulah hakikat yang tidak boleh dipertikaikan sama seperti yang dilalui oleh Ashraf Muslim.

Ashraf kini menerajui hidup sebagai suami kepada dua wanita, Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Lebih indah, menerusi perkahwinan keduanya dengan Sakinah, mereka dikurniakan bayi perempuan berusia tujuh bulan bernama Sarah Ashraf.

“Kehidupan rumah tangga saya okey. Memang susah sebenarnya hidup bermadu ini. Sebagai ketua keluarga, saya kena didik dan jaga keharmonian, sekali gus mendidik isteri serta anak ke arah yang diredai. Pada masa sama, kami cuba membentuk akhlak yang baik.

“Nikmat bahagia itu Insya-Allah akan terus dirasai. Kena bijak biarpun bukan senang nak berlaku adil. Nak berlaku adil dari segi masa bukan perkara semudah lafaz A,B,C … kena bertoleransi. Ada masa untuk isteri pertama dan kedua, masa dengan diri sendiri lagi.

“Apa yang penting, kami saling hormat dan tahu tanggung jawab masing-masing. Saya sendiri punya visi yang besar dalam kehidupan ini termasuk dalam aspek rumah tangga. Insya-Allah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.