Lumia Terbaru Bawah Jenama Microsoft, Bukan Lagi Nokia

New York – Microsoft telah melancarkan telefon pintar yang lebih murah, berharga kira-kira 110 euro ($135), kerana melihat kepada trend terbaharu bagi pertumbuhan pasaran kos rendah.

Telefon pintar Lumia model terbaharu ini yang pertama di bawah jenama Microsoft sendiri.

Syarikat gergasi teknologi itu telah mengeluarkan beberapa model Lumia sejak ia membeli perniagaan telefon Nokia pada tahun ini, tetapi model-model tersebut masih menggunakan jenama Nokia.

Telefon pintar Lumia dengan sistem operasi Windows ini mempunyai skrin 5-inci dan didatangkan dengan kamera 5 megapiksel depan dan belakang, yang membolehkan pengguna menangkap gambar ‘selfi’ yang lebih tajam berbanding telefon pintar tipikal.

Microsoft berusaha untuk mengembangkan bahagian pasaran kecil di seluruh dunia dengan peranti yang lebih murah.

Untuk itu, ia telah mengurangkan kos pembuatan. Sebagai contoh, kamera dan kawalan butang pada banyak model kini boleh fokus kepada sentuhan skrin bukannya butang fizikal pada bingkai.

Walaupun ditawarkan pada kadar harga yang rendah, Microsoft mengatakan telefon baru ini akan menawarkan perkhidmatan Microsoft yang sama seperti peranti taraf tingginya.

Ini merangkumi panggilan video Skype, aplikasi pejabat dan pembantu maya Cortana.

Seperti telefon pintar lain yang membuat kemunculan terbaharu, Microsoft menyediakan versi slot untuk dua kad SIM supaya orang ramai boleh menukar antara penyedia perkhidmatan dengan lebih mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.