Kes Cerai : CEO Continental Diperintahkan Bayar Hampir $1 Bilion

Oklahoma – Ketua Pegawai Eksekutif Continental Resources (CLR.N) Harold Hamm telah diperintah untuk membayar hampir $ 1 bilion kepada bekas isterinya di salah satu kes penceraian terbesar dalam sejarah di Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan mahkamah pada Isnin.

Setelah perbicaraan berlangsung selama lebih daripada sembilan minggu dan berakhir pada bulan lalu, Hakim Khas Oklahoma Howard Haralson memutuskan bahawa hartawan minyak itu perlu membayar kepada bekas isterinya sebanyak $ 995.5 juta.

Walaupun keputusan tersebut boleh menjadikan Sue Ann Hamm, 58, salah seorang daripada 100 wanita paling kaya di Amerika Syarikat menurut ranking Forbes, ia adalah jauh lebih kecil daripada jumlah yang dituntut peguamnya dan tidak memerlukan Harold Hamm untuk menjual saham dari Continental.

Sementara itu, Harold Hamm memegang 68 peratus saham syarikat. Semasa perbicaraan peguam Sue Ann Hamm telah meminta Haralson untuk membahagikan harta perkahwinan mereka yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya $ 17 bilion, terikat dalam saham Continental.

Keputusan Hakim Haralson ini adalah tertakluk kepada rayuan, tetapi jika diterima oleh kedua-dua pihak itu akan membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif Continental itu untuk kekal sebagai pemegang saham kawalan salah satu syarikat minyak yang paling berjaya di Amerika.

“Continental telah menyatakan beberapa kali sebelum ini, ini berkaitan perkara peribadi dan tidak akan memberi sebarang kesan ke atas perniagaan atau operasi syarikat,” kata Continental dalam satu kenyataan.

Melalui peguamnya, Sue Ann Hamm menolak untuk memberi sebarang komen.

Berikutan berita penghakiman itu, saham Continental turun 1.6 persen menjadi $ 54.22 per saham. Saham syarikat terbabit telah jatuh kira-kira 30 peratus sejak 1 Julai, sejajar dengan penurunan harga minyak dunia.

Saham Continental Harold Hamm kini bernilai sekitar $ 13.9 bilion, turun daripada $ 18 bilion sebelum perbicaraan bermula.

Hamms berkahwin pada tahun 1988 dan tidak mempunyai perjanjian pra-nikah. Selama bertahun-tahun, Sue Ann Hamm juga ialah seorang eksekutif di Continental.

Di bawah undang-undang Oklahoma, peningkatan kekayaan yang datang sebagai hasil daripada usaha, kemahiran atau dana bersama pasangan adalah tertakluk kepada ‘pengagihan saksama’.

Sepanjang perkahwinan selama 26 tahun, nilai Continental melonjak kira-kira 400 kali ganda. Semasa perbicaraan, pasukan undang-undang Harold Hamm ini berpendapat bahawa kekayaan Continental tumbuh kebanyakannya disebabkan oleh faktor pasif atau pasaran seperti kenaikan harga minyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.