Edin Dzeko Cedera Betis Yang Sangat Serius

London – Penyerang Manchester City, Edin Dzeko menghadapi “kecederaan betis yang sangat serius,” lapor BBC.

Doktor pasukan Bosnia-Herzegovina, Reuf Karabeg berkata Dzeko, 28, tidak dapat bermain dalam perlawanan kelayakan Euro 2016  di Israel Ahad ini.

Kecederaan memaksa Dzeko keluar hanya selepas empat minit bermain menggantikan Fernandinho dalam saingan Liga Perdana Inggeris menentang QPR Sabtu lalu.

“Ia adalah kecederaan yang sangat serius dan memerlukan jenis rawatan bagi jangka masa panjang,” kata Karabeg kepada Bosnia FA.

Dzeko menjaringkan empat gol dalam 17 penampilan untuk pasukan Manuel Pellegrini musim ini tetapi beliau kini lalui lapan perlawanan tanpa temui sebarang jaringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.