Diego Simeone Pilihan Utama Pemilik Man City Jika Pellegrini Dipecat

DIEGO SIMEONE disenaraikan sebagai pilihan utama Manchester City jika Manuel Pellegrini dipecat berikutan persembahan tidak seimbang kelab tersebut sejak akhir-akhir ini.

Kedudukan Pellegrini mula ‘panas’ selepas kelab itu tewas dalam Liga Juara-juara Eropah baru-baru ini dengan persembahan memalukan.

Manuel-Pellegrini_2577384b

Manuel Pellegrini

Berikutan itu, Starsport melaporkan, pemilik City kini mula mengenalpasti calon berkemampuan dengan menyenaraikan Simeone sebagai pilihan utama.

Pengendali Atletico Madrid itu mula menjadi perhatian selepas berjaya membawa kelab tersebut menjuarai La Liga dan berada di kedudukan lebih baik dalam Liga Juara-juara Eropah.

Simeone yang merupakan jurulatih kelahiran Argentina pernah menjadi pilihan Manchester United untuk menggantikan David Moyes sebelum ini.

Selain itu, Pep Guardiola turut menjadi sasaran City kerana dua pegawai atasan kelab itu, Ferran Soriano dan Txiki Begiristain pernah berkerjasama dengan pengendali Bayern Munich terbabit ketika mereka di Barcelona.

Tetapi City perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk Guardiola kerana dia merupakan jurulatih yang menerima gaji tertinggi dalam dunia bola sepak iaitu sebanyak £12.5 juta semusim.

-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.