Bekas penjaga gol negara, Peter Rajah diserang sakit jantung

Gambar Hiasan

SANDAKAN – Bekas penjaga gol kebangsaan dan Sabah, Peter Rajah, 63, dirawat di Hospital Duchess of Kent, di sini, kerana sakit jantung.

Bekas penjaga gol pada era Hassan Sani dan James Wong itu dikejarkan ke hospital berkenaan kira-kira jam 6 pagi hari ini, selepas mengadu sakit sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Difahamkan, Peter yang dilaporkan kini berada dalam keadaan koma sering menerima rawatan susulan di hospital berkenaan akibat masalah jantung.

Beliau mewakili Sabah sejak tahun 1972 hingga 1995 selain pernah beraksi untuk skuad kebangsaan ketika era mendiang R Arumugam.

Antara pencapaiannya adalah membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Beliau yang kini bertugas sebagai Pengurus Kompleks Sukan Sandakan dilahirkan di Singapura pada 1 April 1951 dan mempunyai seorang isteri, Tracie Gom serta tiga anak.

-BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.