48 Maut Sekolah Dibom Disyaki Angkara Boko Haram

Potiskum – Sejumlah 48 pelajar terbunuh selepas seorang penyerang nekad yang menyamar sebagai pelajar, meledakkan bom ketika perhimpunan di sebuah sekolah di timur laut Nigeria.

Insiden berlaku ketika kira-kira 2000 pelajar terbabit menghadiri perhimpunan waktu pagi.

Bom diletupkan sebelum pengetua naik ke atas pentas bagi memberi ucapan.

79 pelajar lain, cedera dan beberapa mangsa dilaporkan kritikal.

Mangsa yang terbunuh berusia dalam lingkungan 11 hingga 20 tahun.

Anggota tentera bergegas ke lokasi kejadian, bagaimanapun dihalau dan dibaling dengan batu oleh orang ramai.

Ia susulan kemarahan penduduk setelah pasukan keselamatan dikatakan gagal mengekang keganasan di kawasan itu.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab, namun disyaki angkara kumpulan pemberontak Boko Haram.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.