Polis Temui Dua Kepala Dipercayai Milik Mangsa Bunuh Dikerat Lapan

MELAKA – Dua kepala dipercayai milik dua beranak yang dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di kawasan perindustrian, Krubong berhampiran Kampung Ladang, Ayer Keroh, di sini petang Khamis lalu telah ditemui.

Bagimanapun, pihak polis masih belum mengesahkan perkara berkenaan termasuk lokasi penemuan kedua-dua kepala berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, setakat ini polis tidak menolak kemungkinan anggota-anggota badan yang ditemui berkenaan milik seorang wanita dan anak lelakinya.

“Identiti individu berkenaan kita perlu mendapatkan pengesahan terutamanya daripada keluarga dan juga keputusan bedah siasat.

“Keputusan lanjut dari semasa ke semasa biarlah pihak polis jalankan siasatan rapi untuk memberi keadilan kepada semua pihak kerana apa sahaja kemungkinan ditularkan akan menganggu siasatan kita,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pada Jumaat, media sosial tular mengenai satu laporan pembunuhan seorang wanita berusia 27 tahun dan anak lelakinya berusia 11 tahun yang dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri yang merupakan warga Singapura.

Berita berkaitan;

Pembunuhan itu dikaitkan dengan mayat individu dipercayai lebih daripada seorang yang menjadi mangsa bunuh apabila bahagian tubuh ditemui berselerakan sekurang-kurangnya lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong pada Khamis.

Dalam masa sama. suspek kes berkenaan yang juga warga Singapura direman tujuh hari bermula hari ini.

Mengulas lanjut, Mat Kasim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterima kasih kepada polis Singapura atas kerjasama sehingga suspek yang dipercayai suami kepada mangsa itu dapat ditahan.

“Polis Singapura menyerahkan suspek pada kita dan berjaya bawa ke negara ini malam tadi (Jumaat) sebelum kita dapatkan perintah reman selama tujuh hari, hari ini.

“Pihak polis akan jalankan siasatan lanjut untuk kita mencari bukti tambahan dipercayai ada lagi bahagian belum ditemui dan senjata (yang) digunakan,” katanya.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.