Penasihat PKR Dakwa Azmin Rancang Tubuh Parti Baru, Tak Jadi Sertai PPBM

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama PKR, Dr Syed Husin Ali mendakwa Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah merancang untuk menubuhkan parti baru selepas tidak jadi menyertai PPBM (Bersatu), susulan pergolakan yang berlaku dalam PKR.

Dr Syed Husin yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata, penubuhan parti baru itu merupakan satu daripada tiga perancanganan yang diusahakan Azmin mutakhir ini.

“Memang sudah diketahui yang mereka (Azmin dan kemnya) ada tiga rancangan sejak dari awal. Pertama, sertai Bersatu (PPBM). Tetapi kumpulannya ada beberapa orang bukan Melayu dan mereka tidak akan ada tempat dalam Bersatu.

“Kemudian mereka cuba Gerakan dan ada usaha untuk menimbang Gerakan. Tetapi parti itu terlalu rapat dengan BN dan ada di kalangan mereka tidak gembira dengan itu.

“Saya ada maklumat peribadi berkenaan siapa yang buat rundingan,” katanya, dipetik dari laporan wawancara Malaysiakini, Rabu lalu.

Dr Syed Husin berkata, pada satu tahap Azmin menimbang secara serius perancangan ketiga untuk menubuhkan parti baru itu.

“Ramai di kalangan kami berkata jika mereka tubuh parti baru, itulah penamatnya (dan) pengakhiran kepada kemnya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Dr Syed Husin turut mendakwa Azmin dan beberapa pemimpin yang menyokongnya sengaja membuat provokasi dengan tidak menghadiri mesyuarat parti agar dikenakan tindakan pecat dan akan dilihat sebagai “wira”.

“Mereka mahu dipecat (tetapi kenapa kami akan berbuat demikian?). Situasi sekarang seperti Catch-22 kerana mereka tidak dibuang,” kata lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang berada dalam kem Azmin bagaimanapun menafikan wujud perancangan menubuhkan parti baru. – SuaraTV

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.