Tujuh Beranak Jadi Gelandangan Tinggal Dalam Khemah Bawah Jambatan

KUALA LUMPUR — Tujuh beranak terpaksa hidup bawah jejambat di Desa Park City, Kepong akibat masalah kewangan.

Nasib keluarga itu mula ditular seorang guru kepada salah seorang anak keluarga yang menetap dalam khemah selepas beberapa hari tidak hadir ke sekolah.

“Di khemah merah kecil itulah tempat muridku tidur enak diulik mimpi. Sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah,” luah Amaliah Ibrahim di Facebook.

“Hari ini kami terjah melalui jalan onak duri lumpur untuk sampai ke destinasi yang dituju.

“Sedih, sayu. Insya Allah kami yang bertanggungjawab akan cuba membantu secepat mungkin sediakan tempat yang lebih selamat untuk keluarga ini,” catatnya lagi.

Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam Facebook 22 September lalu berkata pihaknya sudah melawat keluarga “Encik Ali” yang hidup gelandangan bersama isteri dan lima anak.

Katanya, Ali yang sebelum ini tinggal di Flat Flora Damansara dan pernah menerima bantuan deposit sewa rumah Lembaga Zakat Selangor gagal membayar tunggakan sewa rumah.

Sementara itu, Amaliah dalam status terkini kelmarin berkata masalah penempatan keluarga itu dapat diselesaikan baitulmal dalam tempoh seminggu.

Katanya pihak sekolah turut menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga terbabit. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.