Penumpang Minum Air Kencing Pemandu Uber

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang yang menaiki perkhidmatan ‘Uber China’ terambil dan terminum air botol kencing yang disangkanya minuman percuma.

Laporan, Next Shark dipetik sebagai berkata penumpang berkenaan yang hanya dikenali sebagai Sun berkata, ketika itu dia terasa haus lalu mengambil botol itu yang diletakan di ruang penyimpan botol minuman.

Sun yang pernah menggunakan perkhidmatan itu sebelum ini tahu adakalanya pemandu menyediakan minuman percuma untuk penumpang mereka.

Sun menolak dan membuat aduan mengenai insiden itu kepada pihak DiDi, yang kemudian mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada Sun.

Menurut DiDi, pemandu itu tidak dapat mencari tandas dan terpaksa kencing di dalam botol yang kemudian diletak di tempat penyimpanan botol.

“Kami memohon maaf di atas insiden yang berlaku. Pemandu terbabit telah digantung kerja.

“Fungsi Toilet Locater disediakan dalam aplikasi pemandu DiDi dan setiap hari ia digunakan oleh 30 ribu pemandu DiDi,” katanya.

Tidak pasti sama ada Sun diberi wang pampasan di atas kejadian yang tidak disangkakan itu. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.