Pendirian Rais Yatim Berubah-Ubah, Tak Usah Jual Temberanglah – Isa Samad

LUKUT – Calon Bebas di PRK Parlimen Port Dickson, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menasihatkan Tan Sri Dr Rais Yatim agar tidak ‘menjual temberangnya’ kepada penduduk Port Dickson.

Menurut Mohd Isa, beliau tidak ambil pusing dengan kritikan bekas menteri itu kerana menganggap pendirian Rais tidak menentu dan selalu berubah-ubah.

Katanya, beliau sudah biasa dengan kerenah Rais malah penduduk Negeri Sembilan juga sudah lama ‘mengenali’ sikap Ketua Bersatu Negeri Sembilan itu.

“Itu pandangan peribadi (mendakwa Mohd Isa gagal di Port Dickson sebelum ini). Kita pun tahu beliau berubah-ubah, bukan menentu. Kejap cakap macam itu, kejap cakap macam ini.

“Itulah Rais Yatim, kita dah kenal dia lama. Dia kata saya tak usah bertanding, kalau dia (Rais) ada peluang di Jelebu pun, dia nak bertanding di sana.

“Kita tahu cara dia. Rais, tak usah jual temberang lah…semua orang Negeri Sembilan tahu siapa dia,” katanya kepada pemberita ketika berkempen bertemu masyarakat Cina di Lukut, tengahari tadi.

Dalam pada itu, Mohd Isa turut menafikan dakwaan mengatakan beliau tidak berbuat apa-apa di Port Dickson kerana kemajuan yang dilihat sekarang adalah semasa zaman pentadbirannya.

“Saya dah buat banyak dulu, dia (Rais) yang tak banyak buat sebab sekejap. Saya buat macam-macam di PD (Port Dickson), yang ada ini semua zaman saya.

“Cuma zaman dia tak banyak sebab dia cuma tiga tahun lapan bulan saja. Pandangan Tan Sri Rais saya tak ambil kira sebab dia berubah-ubah.

“Kejap sini kejap situ. Dia tengok mana ada untung, dia masuklah,” ujarnya.

Meskipun ‘diserang’, bekas Naib Presiden Umno ini mengakui beliau tidak berasa kecewa kerana menganggap tindakan sebegitu perkara biasa dalam politik.

“Dia dah bersama kumpulan PH, sudah tentulah dia sokong Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Ini biasalah, Rais dulu sokong Umno, lari sana lari sini.

“Saya tidaklah nak rasa kecil hati ke apa. Itu pandangan dia. Benda macam ini, politik, itulah keadaannya,” katanya. – Sinar

2 thoughts on “Pendirian Rais Yatim Berubah-Ubah, Tak Usah Jual Temberanglah – Isa Samad

  • October 15, 2018 at 8:16 pm
    Permalink

    Temberang apa? Felda rugi hilang billion sapa sapu??? Rasuah korup tu keje korang selama ini!! Rompak curi rembat korup betul??? Bila nk dakwa mereka2 yg korup?? Usah tangguh siasat dakwa ungkal2 penyamun?? Ramai spesis sama jer parti korup ???
    Tunggulah azab allah swt dan hukuman didunia!! Jgn lari tau?? Tak bolih tipu punya??? Korup kurap kudis jijik kotor.
    Rasuah curi?? Tunggu lah ya!!! Dont worry!!!

    Reply
  • October 15, 2018 at 8:20 pm
    Permalink

    Korup kurap korup muka semak?? Muka tak malu?? Ramai lagi tenggah tunggu disiasat…felda..lembu.. 1mdb..
    Altantuya..banyak lagi lorrrr!!
    Jgn cuba lari pula ya..! Masa tu tk tercakap dah??? Rakyat mau tahu keputusan…salah tangkap hukum..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.