PAS Tolak Ramalan IDE Anwar Akan Menang Di PD

KUALA LUMPUR – Kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) berhubung pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang meramalkan calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang dianggap PAS tidak benar.

Kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyudin Hassan, Anwar yang dilihat berkempen bersungguh-sungguh dari hari pertama sehingga hari terakhir seolah-olah menggambarkan kebimbangannya terhadap kedudukannya di Port Dickson.

“Tapi tadi masa saya dalam perjalanan ke sini (markas induk PAS) saya nampak Anwar sedang kempen di kedai kopi.

“Kalau dia yakin dia akan menang berdasarkan kajian IDE kenapa sehingga saat akhir kena kempen teruk-teruk macam ini.

“(Calon bebas) Stevie Chan pun tak kempen macam Anwar,” kata Takiyuddin dalam sidang akhbar di markas induk PAS bagi PRK parlimen itu di Port Dickson hari ini.

Untuk rekod, IDE dalam kaji selidik Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Port Dickson meramalkan Anwar berpotensi untuk menang.

Anwar dikatakan mendapat peratusan sokongan paling tinggi iaitu sebanyak 74% berbanding enam calon lain.

Sementara calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berada di tempat kedua dengan peratusan sebanyak 11% dan calon bebas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebanyak 10%.

Tiga calon bebas yang lain iaitu Stevie Chan Lau Seck Yan dan Kang Chee Yuen masing-masing mendapat peratusan antara 2% dan 1%.

Bagaimanapun, tiada sokongan direkodkan bagi calon bebas Saiful Bukhari.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.